Galeri : model terbaharu Mercedes-Benz C-Class Estate 2015

0
60

Mulai September 2014, Mercedes-Benz akan mengembangkan lagi pilihan varian di dalam keluarga C-Class dengan kemunculan model terbaharu Mercedes-Benz C-Class Estate 2015. Model yang dimaksudkan itu tampil dengan rekaan emosional-sporty, teknologi yang inovatif, kepelbagaian dan ruangan kargo yang lebih luas berbanding model terdahulu.

Ia juga tampil dengan pelbagai ciri dan kualiti berkelas tinggi, ruang dalaman (interior) yang sofistikated, moden dan mewah, membolehkan reputasinya terus dikekalkan sebagai sebuah kenderaan gaya hidup pelbagai rupa yang cemerlang untuk kegunaan harian.

Sebagai tambahan, ia juga memiliki banyak sistem bantuan terbaharu yang bukan saja menawarkan standard keselamatan tertinggi, tetapi juga struktur pembinaannya yang ringan, tahap aerodinamik yang luar biasa dan enjin baharu yang ekonomi secara tidak langsung telah menetapkan penanda aras baharu tahap efisiensi di dalam segmennya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here