Ducati 1199 Panigale Championship Edition diperkenalkan, berharga RM160,888.00, terhad hanya 10 unit!

0
208

Pada tarikh 6 Jun 2014 (Jumaat) yang lepas bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Ducati Malaysia telah memperkenalkan sebuah model istimewa untuk para peminatnya di Malaysia – Ducati 1199 Panigale Championship Edition.

Model berkuasa tinggi tersebut diperkenalkan sempena berlangsungnya Pusingan Ke-6 siri World Superbike Championship (WSBK) yang diadakan di Malaysia pada hujung minggu baru-baru ini, di mana Ducati turut mengambil bahagian di dalam perlumbaan itu.

Ducati 1199 Panigale Championship Edition diperkenalkan secara rasmi oleh dua penunggang Ducati; Chaz Davies dan Davide Giugliano. Berdasarkan fakta, siri perlumbaan WSBK yang dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang pada minggu lepas telah mencatat sejarah tersendiri sebagai yang pertama kali dianjurkan di Asia.

Tersedia dalam jumlah terhad hanya 10 unit, Ducati 1199 Panigale Championship Edition ditawarkan pada harga RM160,888.00. Saksikan gambar-gambar menarik model berkenaan yang dipaparkan dalam galeri di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here