Proton bakal bekerjasama dengan Geely dari negara China?

0
144

Comel tak saya??? 🙂

Syarikat automotif nasional negara, Proton Holdings Berhad (Proton), dilaporkan bakal menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar automotif terkemuka dari negara China, Geely Automobile Holdings Ltd.

Menurut laporan Bernama, Proton dan Geely sebelum ini telah menandatangani ‘perjanjian hasrat’ pada tarikh 22 April yang lepas dengan disaksikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana kedua-dua pihak kini masih di dalam peringkat rundingan.

Setakat ini masih belum jelas apakah jenis aktiviti kerjasama yang akan dijalankan secara bersama oleh Proton dan Geely, sama ada Proton akan mendapat manfaat daripada pasaran negara China yang luas atau pun sebaliknya.

Proton ketika ini mempunyai kerjasama dengan syarikat Mitsubishi apabila mengeluarkan model Proton Inspira yang diadaptasi daripada model Lancer GT, selain menjalinkan kerjasama dengan Honda melalui pengeluaran Proton Perdana serba baharu.

Komen Penulis :

Setelah 30 tahun, penulis merasakan Proton masih terkial-kial mencari tapak yang kukuh untuk menjadi sebuah syarikat automotif yang berjaya di peringkat antarabangsa.

Bagi penulis, antara faktor-faktor utama untuk kejayaan Proton ialah pengenalan model baharu, kualiti kenderaan, enjin baharu jimat petrol, reka bentuk kenderaan yang cantik dan sporty, harga yang mesra pelanggan serta tahap pengurusan di peringkat jualan dan servis

Selain daripada itu, penulis merasakan Proton tidak akan berjaya dalam arena automotif tempatan dan antarabangsa yang sangat kompetetif ketika ini. Proton perlu berubah dari dalam, bukan sekadar hanya menjalinkan kerjasama dengan syarikat automotif luar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here