Honda Jazz 2014 serba baharu dilancarkan di pasaran Thailand

0
184

Honda Jazz 2014 serba baharu telah dilancarkan di pasaran Thailand baru-baru ini, yang mana ianya boleh didapati dalam enam varian yang berbeza iaitu S (MT), S (AT), V, V+, SV dan SV+. Harga yang ditawarkan pula bermula dari 555,000 THB sehingga 754,000 THB.

Honda Jazz 2014 merupakan generasi ketiga model kompak yang juga dikenali dengan nama Honda Fit untuk sesetengah pasaran dunia yang lain. Untuk pasaran Thailand, Honda Jazz 2014 dijana enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC dengan kuasa kuda sebanyak 117hp dan tork maksimum 146Nm.

Bagi varian permulaan S (MT), Jazz 2014 untuk pasaran Thailand dilengkapi transmisi manual, manakala kesemua lima varian yang lain dilengkapi transmisi CVT. Setakat ini menurut maklumat, Jazz 2014 serba baharu akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia, dengan kemungkinan pelancarannya bakal berlangsung dalam suku ketiga tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here