Ferrari California T dilancarkan, harga RM888,800.00

0
107

Naza Italia Sdn Bhd (Naza Italia) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Ferrari di Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan model terbaharu Ferrari California T untuk pasaran tempatan. 

Ferrari California T memiliki penjana kuasa berprestasi tinggi dalam sesaran 3.8 liter V8 dengan hamburan kuasa kuda maksimum mencecah 560hp @ 7,500rpm, dengan tork maksimumnya yang menjangkau 755Nm.

Dengan enjin berkuasa seperti itu, tidak hairanlah Ferrari California T mampu memecut dari titik pegun sehingga 100 km/j dalam tempoh hanya 3.6 saat, sebelum mencapai kelajuan puncak sehingga 316 km/j.

Untuk pasaran Malaysia, Ferrari California T dengan reka bentuk sporty itu ditawarkan pada harga pengenalan sebanyak RM888,800.00, tidak termasuk cukai dan pilihan personal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here