Brosur Modenas Dinamik untuk pasaran Greece

0
454

Modenas Dinamik GreecePenulis tidak pasti bila brosur Modenas Dinamik untuk pasaran Greece ini dikeluarkan, rasanya sudah agak terlalu lama. Modenas Dinamik sememangnya sangat popular di pasaran Greece suatu ketika dahulu.

Mengikut sejarahnya, Modenas Dinamik dikeluarkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2003 yang lepas bersama-sama dua lagi model lain iaitu Modenas Ceria dan Modenas Elit.

Antara kelebihan Modenas Dinamik ialah ia dipasang enjin dua lejang 118cc yang berkuasa, termasuk dilengkapi suspensi belakang jenis monoshock dan brek cakera pada roda depan dan belakang. Selebihnya Modenas Dinamik mempunyai penampilan yang sangat sporty dan boleh dikatakan agak popular jika dibandingkan dengan model terhangat Yamaha 125Z.

Ketika ini Modenas Dinamik kembali dikeluarkan sejak tahun 2011 dengan penampilan yang sedikit berbeza berbanding generasi pertamanya. Pada pemerhatian penulis, Modenas Dinamik kini kembali menjadi pilihan pengguna terutamanya di kalangan remaja.

p/s : Sumber brosur Modenas Dinamik Greece dari Modenasbike.blogspot.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here