Operasi Cermin Gelap PDRM dan JPJ mulai 16 Jun 2014

0
116

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan mengadakan Operasi Cermin Gelap yang akan dilaksanakan bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bermula tarikh 16 Jun 2014 akan datang.

Operasi yang bakal diadakan itu akan turut menguatkuasakan peraturan dan undang-undang berkenaan saiz nombor pendaftaran kenderaan (kereta dan motosikal), selain mengadakan operasi untuk lampu mata arah yang akan bermula pada 1 Jun 2014.

Bagi Operasi Cermin Gelap, pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan bakal dikenakan denda maksimum RM300.00. Setakat ini PDRM memberi tempoh kepada setiap pemilik kenderaan untuk menukar cermin gelap dan nombor pendaftaran kenderaan dengan mengikut kepada spesifikasi yang telah ditetapkan.

Bagi penggunaan cermin gelap atau ‘tinted film’ pada kenderaan, pemasangannya pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70% dan pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% adalah tidak dibenarkan.

Berkenaan nombor pendaftaran kenderaan pula, ianya hendaklah sentiasa dipamerkan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan dalam kedudukan menegak pada plat segiempat atau permukaan segiempat yang tidak pecah dan selepas tarikh itu, kompaun kesalahan akan dikenakan sebanyak RM300.00.

Sementara itu, penggunaan lampu mata arah pada kenderaan mestilah mempunyai kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan mengikut Kaedah 138 (1) Kaedah Lalu lintas. PDRM dan JPJ memberi tempoh sehingga 1 Jun bagi pemilik yang memasang secara haram supaya membukanya.

Sumber : MStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here