Galeri gambar dan spesifikasi Naza N5

0
1215

Pendatang baru dalam arena motosikal ‘street naked’ kategori 250cc, Naza N5 dilancarkan dengan rasminya kelmarin oleh pengedarnya Naza Bikes Sdn Bhd. Harga awal yang ditawarkan untuk 500 pembeli pertama ialah sebanyak RM13,988.00 OTR, boleh dikatakan sangat berpatutan dan mampu milik.

Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan sama ada harga tersebut akan kekal selepas 500 pembelian yang pertama, atau mungkin akan dinaikkan sedikit ke paras yang tidak melebihi RM15K. Naza N5 diperlengkapkan enjin 250cc dengan transmisi enam kelajuan, serta didatangkan dengan reka bentuk keseluruhan yang cukup bergaya.

Bagi anda yang masih belum melihat dengan jelas reka bentuk dan spesifikasi model berkenaan, di sini penulis paparkan gambar-gambar menariknya yang disiarkan dalam galeri di bawah. Dua keping gambar di atas pula ialah imej spesifikasi penuh enjin dan casis Naza N5, serta maklumat mengenai tahap ekonomi bahan apinya, saksikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here