Naza Bikes lancar Naza N5, harga RM13,988.00 OTR

0
455

Naza Bikes Sdn Bhd hari ini secara rasminya melancarkan model terbaharu edarannya – Naza N5. Motosikal bergaya ‘naked’ tersebut merupakan model pemasangan tempatan yang dibangunkan secara usahasama dengan syarikat KR Motors daripada Korea Selatan.

Naza N5 berada di posisi permulaan bagi motosikal di dalam segmen 250cc, disasarkan untuk pembeli yang berusia di antara 18 sehingga 45 tahun yang menaik taraf motosikal mereka dari kelas 150cc. Harga yang ditawarkan sebanyak RM13,988.00 (OTR) adalah berpatutan, khusus untuk 500 pembeli pertama. Naza Bikes meletakkan jangkaan untuk menjual 300 unit Naza N5 pada setiap bulan.

Naza N5 dikuasakan enjin 250cc ‘four-valve DOHC’ yang memiliki hanya satu silinder, yang kemudiannya dipadankan bersama-sama sistem transmisi enam kelajuan. Ianya direka sebagai sebuah motosikal jalanan sporty dengan berat keseluruhan yang ringan, menjadikannya lincah dan mudah dikendalikan sewaktu tunggangan di dalam Bandar.

Antara ciri-ciri lain yang melengkapi Naza N5 ialah sistem sejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (fuel injection), menghasilkan kuasa yang mantap pada paras 28.4hp (8,500rpm) dengan tork maksimum mencecah 26.1Nm (7,000rpm). Naza N5 turut dibekalkan sistem brek cakera di kedua-dua bahagian roda depan dan belakangnya.

Sumber : Autoworld

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here