Suzuki perkenal Kizashi 2.4L Sport Limited Edition

0
50

Untuk pasaran tempatan, Suzuki telah memperkenalkan Kizashi 2.4L Sport Limited Edition yang didatangkan dalam warna luaran Matte Black yang menyerlah.

Model sedan segmen D itu turut menampilkan bahagian dalaman dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti sistem ICE (In Car Entertainment) yang dipertingkatkan kualiti bunyinya, pemain audio 2-Din dengan skrin sesentuh, sistem navigasi GPS dan kamera undur berdefinisi tinggi dengan mod malam.

Kesemua aksesori untuk model edisi terhad terbabit bernilai lebih daripada RM9,000.00 dan hanya boleh didapati secara eksklusif melalui pembeliannya sahaja.

Suzuki Kizashi 2.4L Sport dikuasakan enjin empat silinder bersesaran 2.4 liter DOHC yang menghasilkan janaan setinggi 178PS dan tork maksimum 230Nm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan transmisi CVT enam kelajuan yang lancar untuk pemanduan yang lebih selesa.

Ciri-ciri keselamatan yang dibekalkan adalah seperti beg udara SRS, ABS, EBD dan ESP untuk kawalan cengkaman yang lebih stabil sewaktu membelok, memecut dan ketika memandu di jalan raya yang licin.

Suzuki Kizashi 2.4L Limited Edition ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Malaysia pada harga di atas jalan termasuk insuran sebanyak RM158,207.20, dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km perbatuan (yang mana lebih awal).

Sumber : Funtasticko.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here