Naza Italia Sdn Bhd lancar Maserati Ghibli

0
105

Naza Italia Sdn Bhd selaku pengedar sah kenderaan berjenama Maserati di pasaran Malaysia, secara rasminya telah melancarkan model sedan terbaharu Maserati Ghibli.

Berada di dalam segmen E, Maserati Ghibli merupakan sebuah jentera sport eksekutif empat pintu mewah yang ditawarkan dalam dua varian untuk pasaran tempatan. Dua varian tersebut ialah Ghibli S dan Ghibli, kedua-duanya dijana enjin berprestasi tinggi bersesaran 3.0 liter V6 dengan bantuan sistem pengecas turbo.

Enjin berkuasa itu dipadankan transmisi automatik ZF lapan kelajuan. Walaupun kedua-duanya memiliki kapasiti enjin yang sama, talaan untuk kedua-duanya jelas berbeza di mana Ghibli S menghamburkan kuasa maksimum 410hp dengan tork maksimum 550Nm, manakala Ghibli dengan kuasa dan tork maksimum 330hp dan 500Nm.

Dengan kuasa mewah yang ada, Maserati Ghibli S mampu memecut sehingga mencapai kelajuan puncak 285 km/j, diikuti oleh varian Maserati Ghibli dengan kelajuan maksimum yang berupaya direkodkan sehingga 263 km/j.

Untuk pasaran Malaysia, Naza Italia Sdn Bhd menawarkan Maserati Ghibli S pada harga RM628,800.00 dan RM538,800.00 untuk Maserati Ghibli, bersama-sama tempoh jaminan selama tiga tahun dan pakej penyelenggaraan sehingga jumlah perbatuan 60,000km.

Sumber : Infokereta.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here