Naza Bikes akan melancarkan Naza N5 minggu depan

0
300

Naza Bikes Sdn Bhd hari ini telah mengirimkan email jemputan kepada pihak media untuk hadir ke majlis pelancaran motosikal ‘naked’ terbaharunya yang dikenali dengan nama Naza N5. Majlis pelancaran akan berlangsung di Naza Automall, Petaling Jaya pada tarikh 19 Mei 2014 akan datang. Seperti mana penulis katakan sebelum ini, Naza N5 merupakan produk ‘rebadged’ daripada model Hyosung Exiv 250 buatan Korea.

Selain daripada reka bentuknya yang menarik dan sporty, harga yang ditawarkan untuk Naza N5 ini antara yang akan menjadi faktor utama daya tarikannya. Menurut maklumat yang penulis dapati daripada laman membeli-belah popular Mudah.my, Naza N5 ditawarkan pada harga RM13,888.00 sahaja. Bagaimanapun untuk maklumat yang lebih tepat dan lengkap, nantikan pelancaran rasmi Naza N5 pada hari Isnin minggu hadapan.

Sumber gambar : Mudah.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here