Motosikal konsep Viking dari Lauge Jensen

0
138

Jenama motosikal Lauge Jensen pada bulan April yang lepas telah mempersembahkan sebuah model konsep yang diberi nama Viking di acara pertunjukan jenama mewah Top Marques yang diadakan di Monaco.

Model konsep Viking dikuasakan enjin V-twin 45 darjah yang menghasilkan kuasa setinggi 100hp, membolehkan motosikal tersebut memecut pada kelajuan melebihi 130mph. Ia juga menjadi motosikal pertama yang mematuhi piawaian ketat Euro IV yang akan berkuatkuasa mulai tahun 2016 akan datang.

Enjin pada motosikal tersebut dibangunkan di Wisconsin, USA, dibina dan ditala dengan teliti demi mencapai prestasi terbaiknya tanpa menghilangkan ‘trademark’ bunyi atau jiwa sebenar enjin V-twin yang melengkapinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here