Ford rai pencapaian Mustang dengan memperkenalkan versi istimewa Mustang 50 Year Limited Edition

0
109

Selepas 50 tahun mencatatkan sejarah sebagai salah sebuah kereta paling popular di dunia, Ford memperkenalkan versi istimewa Mustang yang dikeluarkan dalam edisi terhad hanya 1,964 unit – Ford Mustang 50 Year Limited Edition.

Ford Mustang edisi terhad 50 tahun dibina berasaskan model Mustang GT 2015 fastback dengan performance pack, direka kepada pelanggan dengan prestasinya yang luar biasa dan penampilan unik yang pasti akan segera dikenali apabila berada di jalanan nanti.

Dengan pilihan dua warna eksklusif Wimbledon White atau Kona Blue, Ford Mustang 50 Year Limited Edition dilengkapi enjin V8 5.0 liter yang dinaik taraf dengan kuasa kuda melebihi 420hp dan tork 390 lb.-ft., yang kemudiannya dipadankan transmisi manual enam kelajuan atau automatik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here