Kawasaki Ninja KRR ZX150 – enjin dua lejang 150cc

0
695

Seperti mana yang dipaparkan di dalam laman sesawang rasmi Kawasaki Malaysia, Ninja KRR ZX150 merupakan sebuah motosikal dengan enjin dua lejang yang ditawarkan dalam kapasiti 150cc.

Berdasarkan maklumat, Kawasaki Ninja KRR ZX150 versi semasa yang dijual di pasaran ketika ini diperkenalkan pada tahun 2008, boleh didapati dalam tiga warna yang berbeza iaitu hitam, merah dan biru.

Turut berada di pasaran ketika ini ialah Kawasaki Ninja KRR ZX150 Special Edition yang tampil dalam warna hijau menawan yang menjadi ‘trademark’ popular Kawasaki.

Ketika ini terdapat laporan yang mengatakan Kawasaki Ninja KRR ZX150 akan dihentikan pengeluarannya, seterusnya bakal digantikan dengan model terbaharu yang lebih mesra alam iaitu Kawasaki Ninja 250SL.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here