BMW Group Malaysia lancar BMW R nineT dan BMW S 1000 R

0
91

BMW Group Malaysia pada minggu yang lalu secara rasminya melancarkan dua model terbaharu untuk pasaran tempatan – BMW R nineT dan BMW S 1000 R.

BMW R nineT merupakan sebuah motosikal roadster klasik yang menggunakan enjin Boxer 1,170cc dengan kuasa 110hp dan tork 119Nm, dihasilkan untuk memperingati sambutan ulangtahun yang ke-90 BMW Motorrad.

Antara kelebihan BMW R nineT ialah ia boleh dijadikan sebagai satu platform untuk diubahsuai oleh pemiliknya mengikut gaya yang tersendiri, sebagai sebuah model ‘cafe racer’ contohnya.

Bagi model bergaya ‘naked’ BMW S 1000 R pula, ianya dibina menggunakan platform model S 1000 RR sebagai asasnya.

Model terbabit dilengkapi enjin bersesaran 999cc yang telah ditala semula untuk meningkatkan kuasanya, menghasilkan sehingga 160hp dan 112Nm tork.

BMW S 1000 R mempunyai dua mod tunggangan ‘Rain’ dan ‘Road’, menjadikannya sebagai sebuah model serba boleh dalam setiap situasi tunggangan.

Melalui mod tersebut, sistem penyampaian kuasa, sistem brek ABS dan ASC akan dilaraskan untuk pengendalian yang lebih mencengkam dan stabil.

Kedua-dua model BMW R nineT dan BMW S 1000 R masing-masing dijual pada harga RM115,800.00 dan RM95,800.00 (tidak termasuk insuran), serta turut didatangkan jaminan selama dua tahun tanpa had perbatuan.

BMW R NineT

BMW S 1000 R

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here