Galeri : Proton Inspira Super Premium

0
437

Proton Inspira Super Premium merupakan varian teratas di kalangan model Inspira yang ditawarkan di pasaran tempatan ketika ini. Model berkenaan diperkenalkan secara rasmi pada bulan Januari 2014 yang lalu bertempat di Juru Auto City, Pulau Pinang, sewaktu Proton menganjurkan acara Karnival Jualan Proton.

Berbanding varian Inspira 1.8 MT, Inspira 2.0 Executive CVT dan Inspira 2.0 Premium CVT, Proton Inspira Super Premium tampil dengan kit badan penuh dan rim aloi dari R3. Ditawarkan dalam warna tunggal putih solid dengan kehadiran jalur merah di sisinya, penampilan keseluruhan Inspira Super Premium diakui begitu bergaya dan sporty.

Dari segi spesifikasi enjin, transmisi dan lain-lain aksesori, Proton Inspira Super Premium tidak mempunyai perbezaan jika dibandingkan dengan varian Proton Inspira 2.0 Premium CVT. Harga yang ditawarkan untuk Inspira Super Premium ialah sebanyak RM102,000.00 termasuk kos insuran. Untuk anda, saksikan galeri model tersebut di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here