BMW M4 Convertible terbaharu

0
72

BMW baru-baru ini telah mendedahkan spesifikasi lengkap model terbaharu BMW M4 Convertible, yang mana ianya dikuasakan enjin TwinPower Turbo enam silinder dengan kuasa 431hp bersama-sama tork maksimum yang mencecah 550Nm.

Sistem transmisinya menawarkan pilihan manual enam kelajuan atau M Double Clutch tujuh kelajuan, membolehkannya melakukan pecutan dari 0 ke 100 km/j masing-masing dalam tempoh 4.6 saat (manual) atau 4.4 saat (M Double Clutch).

Kelajuan maksimum model convertible berkenaan ialah 250 km/j (dihadkan secara eletronik). BMW M4 Convertible terbaharu akan mula dijual di pasaran UK pada 6 September 2014, pada harga yang ditetapkan sebanyak £60,730 OTR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here