SUV premium DS 6WR untuk pasaran di negara China

0
88

DS 6WR merupakan sebuah SUV premium serba baharu untuk pasaran di negara China. Model tersebut sebelum ini dipamerkan buat pertama kali di pameran auto Beijing Motor Show 2014 yang berlangsung dari 20 sehingga 29 April 2014, sebelum berada di pasaran menjelang hujung tahun ini.

DS 6WR akan dikuasakan enjin e-THP 160 dan THP 200 yang dipadankan kotak gear automatik enam kelajuan dan menampilkan beberapa teknologi seperti ‘sequential direct injection’, bersama-sama ‘high-pressure pump’ dan sistem pengecas turbo jenis ‘twin scroll’. Ia juga dilengkapi teknologi ‘Grip Control’ yang dioptimumkan untuk semua jenis permukaan jalan, tanpa memerlukan sistem pacuan semua roda.

Mempunyai ukuran panjang 4.55 meter, lebar 1.86 meter dan tinggi 1.61 meter, dengan jarak roda 2.73 meter dan saiz roda 19 inci, DS 6WR direka di Paris dan diinspirasikan terus daripada model konsep Wild Rubis. Untuk makluman, DS merupakan jenama kenderaan mewah baharu di pasaran China yang diperkenalkan oleh Citroen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here