SUV Great Wall Motor (GWM) Haval M4 bakal dilancarkan

0
192

Jika anda sudah terbiasa dengan jenama Great Wall (Great Wall Motor Company Ltd), anda sudah tentu pernah melihat trak pikap keluaran syarikat berkenaan seperti Wingle 5 atau sebuah SUV yang bernama Great Wall H5.

Berasal dari negara China, kenderaan buatan Great Wall dipasarkan di Malaysia oleh syarikat tempatan Green Oranges Sdn Bhd (GOSB) yang mempunyai hubungan secara terus dengan syarikat ternama tempatan Naza Group of Companies.

Berdasarkan maklumat dari akhbar tempatan, GOSB bakal melancarkan sebuah lagi kenderaan buatan Great Wall, yang mana ianya merupakan sebuah SUV bersaiz kompak yang boleh memuatkan sehingga lima penumpang di dalamnya.

Bernama GWM Haval M4, SUV tersebut dikatakan telah menerima lesen kenderaan jimat tenaga (EEV) dari pihak kerajaan Malaysia, menjadikannya sebagai kenderaan pertama yang menerima lesen tersebut di negara ini.

GWM Haval M4 dilengkapi enjin 1.5 liter dan paling menarik sekali ialah tahap penjimatan bahan apinya yang didakwa serendah 5.4 liter per 100km. Untuk pasaran Malaysia, model tersebut akan dipasang di Gurun, Kedah (mungkin dipasang di kilang Naza).

Dua varian akan ditawarkan iaitu varian permulaan dengan transmisi manual lima kelajuan dan pacuan dua roda hadapan, diikuti oleh varian teratas dengan transmisi automatik bersama-sama sistem pacuan empat roda (4WD).

Harga yang bakal ditetapkan untuk GWM Haval M4 dikatakan sangat kompetetif untuk sebuah SUV yang mempunyai paras rupa menawan sepertinya. Anda berminat untuk memiliki sebuah SUV buatan negara China? Nantikan kemunculannya.

Sumber : BH Auto (Berita Harian, 2 Mei 2014)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here