MTBM pelopor kenderaan komersial mesra alam

0
118

Bagi anda yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia automotif di Malaysia khususnya dalam sektor kenderaan komersial, anda pasti mengenali logo MAN yang seringkali terpampang pada trak dan bas yang biasa kita temui di jalan raya. Tetapi tahukah anda latar belakang syarikat yang mengeluarkan trak dan bas dengan logo MAN tersebut?

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MTBM) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tarikh 6 September 1991 dan secara rasminya memulakan operasi pada 2 Mei 2001 di alamat Lot 4, Jalan Industri 3/2, Taman Industri Intergrasi Rawang, 48000, Rawang, Selangor. MTBM merupakan sebuah syarikat yang kukuh dan telah diiktiraf sebagai pelopor dalam bidang pemasaran dan perkhidmatan trak dan bas MAN di Malaysia.

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat sejak tiga dekad yang lalu, permintaan terhadap kenderaan komersial seperti trak dan bas telah menunjukkan peningkatan sebagai salah satu sistem pengangkutan utama untuk kegunaan industri dan juga sebagai sistem pengangkutan awam yang cekap. Berdasarkan perkembangan tersebut, MTBM telah mengenalpasti potensi luas bisnes trak dan bas yang semakin berkembang di Malaysia selaras dengan usaha-usaha pihak kerajaan dalam memantapkan lagi tahap kecekapan sistem logistik di dalam negara.

Walau bagaimanapun, MTBM yang kini diketuai oleh Pengarah Urusan yang baru dengan pengalaman dalam bisnes trak selama 30 tahun iaitu Mr. Hartmut Mueller, berpandangan bahawa keperluan logistik masa kini perlu mengambil kira faktor alam sekitar dan kesan pencemaran ke atasnya jika kerajaan Malaysia mahu benar-benar serius dalam mengurangkan pelepasan kesan gas rumah hijau.

Mr. Hartmut Mueller, Pengarah Urusan MTBM yang baru

Menurut Mueller, walaupun Malaysia masih belum menguatkuasakan undang-undang pelepasan asap yang ketat seperti mana yang diamalkan oleh Kesatuan Eropah, syarikat tersebut sebenarnya telah mempunyai rangkaian trak dan bas yang bukan saja dibangunkan untuk menepati piawaian kualiti yang tinggi di setiap negara, malah menjadi peneraju dalam mengeluarkan kenderaan yang cekap penggunaan bahan api dan rendah pelepasan emisi karbonnya.

Dengan penerangan yang diberikan oleh Mueller, dapat dibuat kesimpulan bahawa MTBM selaku pengeluar trak dan bas berjenama MAN yang dipasang di dalam negara melalui program CKD (Complete Knocked Down), merupakan sebuah syarikat yang mementingkan penjagaan alam sekitar dan telah mengambil langkah awal dalam membantu kerajaan Malaysia merealisasikan hasrat untuk mengurangkan pelepasan asap karbon kenderaan sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020 nanti.

Sejarah MTBM di Malaysia :

MTBM is a joint venture between MAN Truck & Bus AG at Munich, Germany, one of the leading manufacturers of commercial vehicle in Europe and MBf Holdings Bhd, where Truck & Bus AG holds the majority share.

The history of MAN trucks and buses in Malaysian market began in 1980’s dominated by spot deals. MAN with a Belgian partner, Sibmas supplied powertrains (engine, gearbox, transfer cases and electrical system) to Royal Malaysian Armed Forces. They are still being used by Malaysian army and further deals were made with logging firms in Sabah and Sarawak.

In 1991 the commercial vehicles division of MBf Holdings Bhd, MBf Commercial Vehicles Sdn Bhd was given the sole distributorship rights to market until 1999. In 2001 MAN Group took the technical leadership and got directly involved to establish MTBM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here