Ford Focus kereta terlaris dunia bagi tahun 2013

0
101

Ford Focus mengekalkan gelarannya sebagai kereta terlaris dunia bagi tahun 2013, berdasarkan analisis Ford terhadap data setahun penuh pendaftaran kenderaan baharu Polk yang diambil dari IHS Automotive.

Pendaftaran Focus meningkat 8.1 peratus dengan jualan di seluruh dunia sebanyak 1,097,618 unit berbanding 1,014,965 unit pada tahun 2012, termasuk 317,110 unit kenderaan terjual di pasaran Eropah tahun lepas – 29 peratus dari jumlah pendaftaran keseluruhan.

Berdasarkan data dari Polk, pasaran China yang merupakan pasaran automotif terbesar dunia mewakili lebih dari satu bagi setiap tiga jualan Ford Focus di pasaran global.

“It is remarkable to see Focus again lead the industry as the number one-selling vehicle nameplate on the planet,” kata Jim Farley, naib presiden eksekutif Ford (Ford Motor Company Global Marketing, Sales and Service).

“With the new car, we’ve raised the bar again, showcasing Ford’s commitment to continuous improvement – adding better technology for drivers and a sleeker, more modern exterior across the entire Focus family,” tambah beliau lagi.

Ford memasang Focus di lapan fasiliti pengeluaran di empat benua. Dengan gabungan fasiliti di Jerman, Amerika Syarikat, Russia, China, Vietnam, Thailand dan Argentina, kapasiti pengeluaran tahunan Focus mampu mencapai lebih daripada 1.5 juta pada kadar lebih dua unit setiap saat.

Menurut Ford, sejak pelancaran Focus pada tahun 1998, model yang menempa nama sebagai kereta terlaris dunia untuk dua tahun berturut-turut itu telah terjual lebih daripada 12 juta unit di pasaran global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here