Ford Fiesta 1.0L EcoBoost dilancarkan di Malaysia

0
102

Salah sebuah model kompak yang dinanti-nantikan tahun ini akhirnya telah dilancarkan dengan rasminya untuk pasaran di Malaysia – Ford Fiesta 1.0L EcoBoost.

Model tersebut dikuasakan enjin 1.0 liter GTDi EcoBoost yang mempunyai hanya tiga silinder, namun dengan bantuan sistem turbo ianya mampu menghamburkan kuasa impresif setinggi [email protected],000rpm dengan tork maksimum [email protected],500rpm.

Sistem transmisinya daripada jenis automatik enam kelajuan PowerShift yang memberikan corak pemanduan lancar dan meyakinkan. Menurut pengeluarnya, tahap penggunaan bahan api Ford Fiesta 1.0L EcoBoost sangat cekap sehingga 5.3L/100km.

Dilengkapi aspek keselamatan antara yang terbaik di dalam kelasnya, Ford Fiesta 1.0L EcoBoost mempunyai tujuh beg udara keselamatan, termasuk ciri-ciri keselamatan seperti ABS, EBA, ESP, HLA dan TCS.

Ciri-ciri lain yang dibekalkan pada model berkenaan adalah seperti ‘Seat Bealts with Pretensioners’ dan ‘ISOFIX Childseat Mounting Points’, selain kehadiran teknologi pintar ‘Keyless Entry with Push Button Start’.

Dari segi nilai astetika, para peminat Ford sudah tentu menggemari ‘body kit’ penuh yang menghiasi keseluruhan badan model tersebut, termasuk lampu nyala siang hari bergaya sporty yang dipasang di bawah lampu kabus.

Bagaimanapun, Ford Fiesta 1.0L EcoBoost tidak dilengkapi sistem brek cakera di bahagian roda belakangnya walaupun memiliki rim aloi berukuran 16 inci dengan padanan tayar dalam siri 195/50 R16.

Jika anda berminat, Ford Fiesta 1.0L EcoBoost ditawarkan dalam tiga warna luaran menarik seperti ‘Arctic White’, ‘Panther Black’ dan ‘True Red’, seterusnya boleh dimiliki pada harga RM96,551.65 (OTR Retail Price With Insurance).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here