Citroën DS3 Cabrio Racing – edisi terhad 100 unit

0
67

Citroën DS3 Cabrio Racing diperkenalkan sekitar pertengahan Mac 2014, dalam jumlah yang cukup terhad apabila hanya 100 unit dikeluarkan untuk pasaran global. 10 unit daripadanya pula disediakan untuk pasaran di United Kingdom (UK) pada harga £29,305.

Di bawah bonet depannya terletak enjin 1.6 liter THP empat silinder dengan kuasa setinggi 207hp, sama seperti di dalam model DS3 Racing, membolehkannya mencapai kelajuan 100km/j dalam tempoh hanya 6.5 saat. Kelajuan puncaknya sehingga 233km/j.

Saksikan gambar-gambar menarik Citroën DS3 Cabrio Racing ‘ultra-limited edition’ dalam galeri yang disediakan di bawah, khas untuk anda;

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here