BMW Group Malaysia lancar BMW X5 serba baharu

0
91

BMW Group Malaysia pada awal April 2014 yang lalu secara rasminya melancarkan generasi ketiga BMW X5 serba baharu untuk pasaran tempatan.

BMW X5 pada mulanya diperkenalkan dalam tahun 1999, berada dalam segmen kenderaan aktiviti sukan premium, atau lebih dikenali dengan nama ‘Premium Sports Activity Vehicle’ (SAV).

Untuk pasaran Malaysia, dua varian ditawarkan iaitu BMW X5 xDrive35i dan BMW X5 xDrive30d. Bagi varian BMW XxDrive35i, ianya dikuasakan enjin petrol 3.0 liter enam silinder sebaris yang menghasilkan kuasa maksimum 306hp dengan tork puncak 400Nm.

Sementara itu, varian BMW X5 xDrive30d dikuasakan enjin diesel 3.0 liter enam silinder yang menghamburkan kuasa kuda setinggi 258hp dengan tork maksimum 560Nm.

Antara teknologi canggih dan moden yang melengkapi sistem penjana kuasa BMW X5 serba baharu ialah teknologi BMW TwinPower Turbo yang digandingkan bersama-sama transmisi automatik lapan kelajuan yang dibekalkan standard.

Ditambah pula dengan ciri-ciri termaju daripada teknologi BMW EfficientDynamics, BMW X5 serba baharu telah berjaya mencapai tahap pecutan yang luar biasa dan secara signifikannya mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.

BMW X5 serba baharu boleh didapati dalam pilihan warna-warna menarik seperti ‘Alpine White’, ‘Space Grey’ dan ‘Black Sapphire’. Warna ‘Sparkling Brown’ dan ‘Sophisto Grey’ bagaimanapun eksklusif untuk BMW X5 xDrive35i, sementara warna ‘Glacier Silver’ eksklusif untuk BMW X5 xDrive30d.

Di bawah berikut ialah senarai harga yang ditawarkan untuk BMW X5 serba baharu;

The estimated retail prices (on the road, without insurance, with BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) for the All-New BMW X5 are:

BMW X5 xDrive35i – RM598,800.00

BMW X5 xDrive30d – RM558,800.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here