Yamaha RX-Z dalam kenangan (1987 – 2011)

0
306

Merupakan sebuah motosikal dua lejang dengan enjin 135cc, Yamaha RX-Z pernah mengecapi zaman kegemilangannya yang cukup hebat suatu ketika dahulu. Menurut maklumat dari Wikipedia, Yamaha RX-Z di pasaran Malaysia dikeluarkan dari tahun 1987 sehinggalah ditamatkan pengeluarannya secara rasmi pada tahun 2011.

Pada tahun 2004, Yamaha RX-Z telah mengalami kemaskini baharu dengan penampilan yang lebih sporty apabila lampu belakangnya meminjam reka bentuk lampu belakang Yamaha Y125Z. Yamaha RX-Z terkenal di kalangan mat-mat rempit di seluruh negara, dan sehingga kini motosikal tersebut masih banyak terdapat di jalan raya di Malaysia.

p/s: Antara motosikal popular bertaraf legenda di Malaysia. Walaupun telah ditamatkan pengeluarannya, versi ‘second-hand’ Yamaha RX-Z masih lagi berada di pasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here