Demak DZM 200 – pesaing sebenar Yamaha FZ150i 2014?

0
1772

Sejak pelancaran Yamaha FZ150i 2014 versi terbaharu tempoh hari, demam motosikal ‘street naked’ tersebut nampaknya semakin menjadi-jadi. Penulis sendiri terkena tempias penangannya, namun malangnya hasil pemerhatian penulis di kedai-kedai yang menjual motosikal berdekatan mendapati FZ150i 2014 masih belum tiba.

Mungkin ada yang berkata Yamaha FZ150i 2014 ketika ini merupakan produk terbaik dan paling berbaloi untuk dimiliki bagi kategorinya, tetapi bagaimana pula jika terdapat sebuah lagi motosikal ‘naked’ yang tidak kurang hebatnya? Mungkin jika perbandingan sebenar dibuat, ramai yang akan beralih arah untuk memiliki motosikal tersebut.

Pernah dengar jenama Demak? Penulis rasa ramai yang pernah mendengar jenama yang dimaksudkan itu namun kurang mengambil peduli. Maklumlah jenama tempatan yang kurang komersial, motosikal keluarannya pula di bawa masuk dari luar yang kebanyakannya kita tidak begitu arif mengenai jenama asal dan kualitinya.

Berdasarkan pengamatan penulis, salah sebuah motosikal terbaik keluaran Demak yang mampu bersaing hebat dengan Yamaha FZ150i 2014 ketika ini ialah Demak DZM 200. Penulis sebenarnya sudah melihat dengan lebih dekat dan secara terperinci versi terbaharu Demak DZM 200 tempoh hari, dan berasa sangat kagum dengannya.

Dengan enjin yang lebih besar bersaiz 200c serta dilengkapi pelbagai spesifikasi yang hampir sama jika dibandingkan dengan FZ150i 2014, atau mungkin lebih baik lagi dari beberapa aspek, sangat menakjubkan apabila Demak DZM 200 masih mampu ditawarkan pada harga yang cukup kompetetif iaitu sekitar RM8,000.00 sahaja.

Bagi anda yang masih belum pernah melihat versi terbaharu Demak DZM 200, di sini penulis siarkan gambar-gambar menarik model ‘naked’ berkenaan yang dirakamkan beberapa hari lepas. Adakah anda berpendapat Demak DZM 200 benar-benar saingan terhebat Yamaha FZ150i 2014 di pasaran ketika ini? Berikan komen anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here