Demak DZM 200 dijual pada harga kurang RM8K

0
1339

Jenama Demak mungkin tidak sepopular jenama motosikal lain seperti Yamaha, Honda, Suzuki, Kawasaki atau KTM. Namun beberapa model motosikal keluaran syarikat tempatan tersebut telah mencatatkan prestasi jualan yang agak baik di pasaran, salah satu sebabnya ialah harga yang ditawarkan oleh Demak sangat berpatutan dan mampu milik.

Demak DZM 200 misalnya merupakan sebuah motosikal ‘naked’ yang dilengkapi enjin 4-lejang 200cc, hadir dengan reka bentuk yang boleh dikatakan menarik dan sporty. Harganya menurut maklumat dari wakil penjual di dalam laman Mudah.my hanya sekitar RM7,000 ke RM7,700 sahaja, sangat berbaloi untuk sebuah motosikal di dalam kelas 200cc sepertinya.

Bagi anda yang mungkin berminat untuk memiliki sebuah Demak DZM 200, terlebih dahulu saksikan gambar-gambar menarik motosikal tersebut dalam galeri yang tersedia di bawah :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here