Mazda3 Sedan 2014 serba baru dilancarkan di Malaysia

0
173

Mazda3 Sedan 2014 serba baru dilancarkan di pasaran Malaysia sekitar pertengahan bulan Mac yang lepas, merupakan model CBU yang dibawa masuk dari negara asalnya Jepun. Menurut laporan, versi CKD akan diperkenalkan ke pasaran tempatan mulai suku ketiga tahun ini pada harga yang lebih rendah.

Ia dibekalkan enjin 2.0 SkyActiv-G yang menghamburkan kuasa bertenaga setinggi 162hp dan tork maksimum 210Nm. Harganya? Memandangkan model ini adalah setaraf dengan lain-lain model di dalam segmennya seperti Honda Civic dan Toyota Corolla, ianya ditawarkan sebanyak RM138,935.00 (harga di atas jalan termasuk kos insuran).

p/s : Teknologi Mazda dan kualiti kenderaan keluarannya ketika ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Merupakan salah satu pilihan terbaik model kereta sedan yang berada di pasaran ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here