Proton Perdana baharu – Honda Accord generasi ke-8 kini memakai lencana Proton!

0
328

Proton Perdana generasi baharu diperkenalkan oleh Proton sejak bulan Disember 2013 yang lalu, khusus untuk kegunaan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Setakat ini Perdana baharu yang dibangunkan daripada model Honda Accord generasi ke-8 itu masih belum ditawarkan oleh Proton untuk jualan kepada orang ramai.

Proton Perdana baharu didatangkan dalam dua varian iaitu Perdana 2.0L dan Perdana 2.4L. Antara kerajaan negeri yang menggunakan Proton Perdana baharu sebagai kenderaan rasmi ketika ini ialah kerajaan Negeri Kedah. Di sini penulis paparkan gambar model Perdana baharu milik kerajaan Negeri Kedah yang digunakan oleh salah seorang exco negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here