Modenas GT128 dan Ace115 edisi Harimau Malaya

0
675

Penulis berkenan sungguh dengan dua model Modenas GT128 dan Modenas Ace115 edisi Harimau Malaya ini. Kedua-dua model kelihatan begitu sporty, pada masa yang sama telah berjaya menunjukkan perwatakan agresifnya bak Sang Belang di belantara.

Bagi anda yang belum tahu, Modenas GT128 dan Ace115 edisi Harimau Malaya ini sebenarnya dikeluarkan sebagai ‘tribute’ untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang terkenal dengan jolokan ‘Harimau Malaya’. Warna kuning hitam pula adalah warna rasmi pasukan bola sepak Harimau Malaya yang sememangnya sangat popular.

Menurut laman blog sahabat penulis MotoMalaya.net, Modenas GT128 dan Modenas Ace115 edisi Harimau Malaya kedua-duanya ditawarkan pada harga RM5,188.00 dan RM4,398.00 (Harga asas tidak termasuk insuran, cukai jalan dan lain-lain kos pendaftaran).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here