Pusat 3S Hyundai dibuka di Sungai Petani, Kedah

0
478

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya membuka sebuah lagi Pusat 3S terbaru di kawasan utara yang terletak di No. A144, Jalan 3, Kawasan Perusahaan MIEL Sg. Lalang, Sungai Petani, Kedah. Pusat 3S tersebut diuruskan oleh syarikat AutoLim Brothers yang sememangnya sudah dikenali ramai sebagai pengedar kenderaan berjenama Hyundai.

Menurut HSDM, pembukaan Pusat 3S terbaru itu akan memberi manfaat kepada para pemilik kenderaan Hyundai di kawasan-kawasan seperti Sungai Petani, Gurun, Semeling, Merbok, Tanjung Dawai, Kuala Ketil, Baling dan Bertam. Sempena pelancaran Pusat 3S Sungai Petani tersebut, HSDM turut memperkenalkan empat model edisi sport Hyundai iaitu Elantra 1.6 dan 1.8, Tucson Sport, i40 Sport dan Grand Starex baru yang lebih sporty.

Sasaran HSDM melalui varian ‘Sport Series’ berkenaan ialah untuk para peminat Hyundai yang mahukan kenderaan yang lebih sporty dan lebih bergaya. Antara elemen-elemen yang dibekalkan kepada model-model dalam siri tersebut adalah seperti kit badan baru dan beberapa peningkatan lain seperti gril baru, rim sukan sporty, lampu LED, rak bumbung untuk sesetengah model dan lain-lain. Kesemua model dalam siri sport terbaru itu kini sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Hyundai.

Bagi para pelanggan yang mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai khidmat yang ditawarkan oleh pusat 3S berkenaan, mereka boleh menghubungi talian (04) 440 4595/593 (sales) atau (04) 440 4590/592 (service). Bilik pameran jualan (sales showroom) dibuka dari Isnin ke Ahad (9.00am to 7.00pm), sementara pusat servis dibuka dari Isnin ke Sabtu dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here