Perodua Myvi 1.5 F.E.M Limited Edition, terhad 60 unit!

0
165

Pada awal Disember 2013 yang lalu, Perodua memperkenalkan Myvi 1.5 F.E.M Limited Edition yang dikeluarkan dalam jumlah terhad hanya 60 unit. Model istimewa dan bergaya feminin itu dikhususkan hanya untuk golongan wanita yang menjadi ahli kelab tajaan Perodua yang dikenali sebagai ‘Female Empowerment Movement’.

Perodua Myvi 1.5 F.E.M Limited Edition ditawarkan pada harga RM56,027.00 OTR, yang mana model tersebut hadir dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan bernilai sehingga RM4,000.00. Model berkenaan boleh didapati dalam warna tunggal ‘Ivory White’, termasuk dilengkapi kusyen kulit dengan beberapa ciri menarik lain.

p/s : Setakat ini penulis tidak pernah berjumpa lagi dengan model Myvi 1.5 F.E.M Limited Edition ini. Maklumlah hanya 60 unit dikeluarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here