Modenas Dinamik – enjin dua lejang 118cc, dijual pada harga asas RM6,149.00

0
4572

Modenas Dinamik sebenarnya merupakan model lama yang disegarkan semula penampilannya, dan muncul semula di pasaran mulai sekitar lebih 2 tahun yang lalu. Dilengkapi enjin dua lejang bersesaran 118cc, Modenas Dinamik versi terbaharu tampil dengan corak grafik yang bukan saja lebih menawan, malah agresif dan ranggi.

Modenas Dinamik boleh dikatakan mempunyai pakej serba lengkap apabila dilengkapi enjin berkuasa dengan transmisi 6-kelajuan, serta didatangkan dengan klac tangan. Model berkenaan turut memiliki sistem suspensi belakang jenis ‘Mono-shock’, di samping brek jenis cakera yang mantap di kedua-dua bahagian roda depan dan belakang.

Tiga warna luaran yang menarik dan sporty ditawarkan untuk Modenas Dinamik terbaru iaitu Perak Hitam, Merah dan Kuning. Harganya ialah sebanyak RM6,149.00, harga asas tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Memandangkan kilang Modenas terletak di Gurun, Kedah, model Dinamik terbaru didapati lebih popular di kawasan utara tanah air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here