Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang untuk kereta ialah RM8.50 sen, motosikal sebanyak RM1.70 sen

0
317

Pada hari Sabtu yang lepas penulis sempat bersiar-siar bersama keluarga dengan memandu kereta ke Pulau Pinang menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru saja siap pembinaannya tempoh hari. Komen penulis, jambatan tersebut sangat cantik dan memberi keselesaan kepada pengguna, namun jaraknya yang lebih panjang berbanding jambatan pertama menjadikan perjalanan di atasnya agak memakan masa. 

Sewaktu penulis menggunakan jambatan tersebut yang secara rasminya kini dikenali dengan nama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (SAHMS), tiada kadar tol yang dikenakan kerana ianya adalah percuma sempena perasmian pembukaannya pada 1 Mac 2014 yang lepas. Tetapi mulai hari ini, pihak pengurusan jambatan tersebut iaitu Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), telah mengumumkan bahawa kadar pembayaran tol telah mula berkuatkuasa.

Bagi kereta, kadar tol yang dikenakan ialah sebanyak RM8.50 sen, lebih tinggi berbanding jambatan pertama yang mengenakan kadar tol hanya sebanyak RM7.00. Namun diakui jarak jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah lebih panjang berbanding jambatan pertama, oleh sebab itu adalah munasabah harga tol yang dikenakan itu lebih sedikit pada kadar 21.4 peratus. Bagi motosikal pula, kadar tol yang dikenakan ialah sebanyak RM1.70 sen.

p/s : Sumber gambar di atas dari laman sesawang rasmi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here