Yamaha 125ZR Super Sport masih diminati ramai

0
421

Model motosikal popular dan dikenali ramai Yamaha 125ZR Super Sport sudah lama berada di pasaran Malaysia. Setakat ini pengedarnya Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd masih menjual motosikal tersebut disebabkan permintaan dari peminat yang masih menggalakkan pada setiap bulan. 

Dilengkapi enjin dua lejang yang cukup berkuasa serta berkelajuan tinggi, Yamaha 125ZR Super Sport dipercayai akan mengikuti jejak langkah sebuah lagi motosikal popular edaran Hong Leong Yamaha Motor yang berada di pasaran lebih daripada 20 tahun sebelum diberhentikan jualannya – Yamaha RX-Z.

Jika anda seorang peminat motosikal moped dengan enjin dua lejang yang mementingkan prestasi dan kelajuan, Yamaha 125ZR Super Sport mungkin pilihan yang paling sesuai. Menurut pendapat ramai, setakat ini tiada motosikal moped lain di pasaran yang setanding dengannya dari segi prestasi dan reka bentuk yang sporty.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here