Proton Persona SV berbaloi untuk dimiliki

0
509

Proton Persona merupakan salah sebuah model kereta keluaran Proton yang mendapat sambutan baik dari rakyat Malaysia sejak ianya mula dilancarkan. Ini mungkin kerana harganya yang berpatutan, selain ruang dalamannya yang luas dan selesa. Sebagai sebuah kereta sedan, ruang but tempat simpanan barang-barang Proton Persona juga boleh dikatakan agak luas dan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Sehingga kini Proton masih menawarkan Proton Persona, namun hanya satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu Proton Persona SV. Diperkenalkan pada tarikh 30 November 2013 yang lalu, Proton Persona SV tampil dengan harga yang cukup berpatutan dan mampu milik. Bukan itu saja, Proton Persona SV juga memiliki spesifikasi yang agak baik seperti dua beg udara keselamatan, empat brek cakera, termasuk sistem brek ABS dan EBD.

Melihat kepada aspek enjin pula, Proton Persona SV masih dikuasakan enjin Campro IAFM 1.6 liter yang menghamburkan kuasa kuda 110hp dan tork maksimum 148Nm. Transmisi yang dibekalkan pula tersedia pilihan manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan. Proton Persona SV ditawarkan pada harga bermula dari RM44,938.00 sehingga RM48,388.00.

Senarai harga Proton Persona SV di pasaran Malaysia :

  • Proton Persona SV Manual (Solid) : RM44,938.00
  • Proton Persona SV Manual (Metalik) : RM45,388.00
  • Proton Persona SV Automatik (Solid) : RM47,938.00
  • Proton Persona SV Automatik (Metalik) : RM48,388.00

p/s : Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lawati bilik pameran Proton Edar yang berdekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here