Kenapa harga kereta di Malaysia terlalu mahal?

0
599

Seringkali timbul persoalan kenapa harga kereta di Malaysia lebih mahal berbanding harga kereta yang dijual di luar negara? Sebagai perbandingan, harga kereta di negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia dan sebagainya lebih murah berbanding harga kereta yang dijual di pasaran negara kita.

Salah satu sebab kenapa harga kereta di Malaysia menjadi mahal ialah kerana cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan terlalu tinggi. Sebetulnya harga kereta di mana-mana sahaja di dunia ini adalah hampir sama, cuma perbezaan dari segi cukai di setiap negara sahaja yang menyebabkan harganya melambung tinggi sehingga tidak masuk akal.

Di Malaysia, pihak kerajaan mengenakan cukai yang terlalu tinggi untuk model-model kereta berjenama luar negara kerana untuk menjaga kepentingan pembuat kereta nasional seperti Proton dan Perodua. Jika langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu ramai yang akan membeli kereta berjenama asing memandangkan kualiti dan teknologi yang lebih baik.

Jadi langkah kerajaan mengenakan cukai yang terlalu tinggi untuk model-model kereta berjenama luar itu sebenarnya adalah berpunca daripada hasrat kerajaan yang mahu melindungi industri automotif tempatan, secara tepatnya melindungi syarikat automotif nasional Proton dan Perodua.

Tindakan pihak kerajaan itu pada dasarnya adalah baik demi kepentingan industri automotif nasional, namun secara tidak langsung rakyat Malaysia juga terbeban dengan harga kereta yang begitu tinggi di pasaran ketika ini. Bayangkan jika Proton dan Perodua tidak pernah wujud, mungkin harga kereta di Malaysia hanya semurah di pasaran Jepun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here